Lirik Lagu Penggodam Jiwa – Adam

Kenapakah aku
Jadi tak menentu bila berjumpa
Ke manakah aku
Yang selalu cekal dengan wanita

Bila kau pergi jantung terhenti sedetak
Minda bercelaru
Ku cuba lari jauhkan diri
Namun ku sudah terpengaruh

[Chorus]
Bebaskan aku dari cengkamanmu
Kerana tidak mahu dibelenggu
Mencuba padam kau di mata
Tapi dalam lena kau jelma
Bebaskan aku dari cengkamanmu
Terasa hilang kawalan hatiku
Bila digoda penggodam jiwa

Kaulah punca hatiku ini
Teringin menyelam cinta
Tapi aku tak pasti
Hanya dipermain gelora jiwa

Bila kau pergi fikiran runsing sejenak
Minda bercelaru
Ku cuba cari dekatkan diri
Namun kau pula makin jauh

[Repeat Chorus]

Kau tembus kawalan hatiku
Kata kekunci ku kau tahu
Memikat sehingga terikat
Dalam perangkap aku terjerat
Bagai banduan penjaramu
Dikurung untuk seumur hidup
Tak bisa lari kerana digenggam
Dalam genggaman seorang penggodam

[Repeat Chorus]

Video Klip Lagu Penggodam Jiwa – Adam Lirik Lagu Penggodam Jiwa - Adam