Lirik Lagu Melayu Di Kota Inggeris – Art Fazil

Mari-mari kita dengar
Sebuah lagu tentang anak melayu di kota inggeris

Maaflah jika aku kurang fasih
Bertutur bahasa mat salleh
Mungkin lidah ku kelu mungkin bibir ku kaku
Sebab tak biasa makan keju

Mungkin tingkah ku ini aneh
Mungkin kerana aku ini masih
Lagi kuat bertaut bagai akar berpaut
Dengan adat resam lama ku

Pasu bunga berbaris-baris
Disusun oleh si anak manes
Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Seringkali aku terkenang
Pemandangan kampung halaman
Dimana waktu petang duduk sembang-sembang
Minum teh tarik makan goreng pisang

Aduh gadis bermata biru
Kulit mu seputih salju
Apakah maksud mu dengan senyuman itu
Alahai jangan goda aku

Pasu bunga berbaris-baris
Disusun oleh si anak manes
Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Aduhai ayah dan ibu
Aku sentiasa merindu
Dan aku yakin suatu hari nanti
Kita akan bersua lagi

Wahai buah hati jantung ku
Apakah kau masih merindu
Janganlah engkau ragu setia ku pada mu
Aku masih suka gadis melayu

Pasu bunga berbaris-baris
Disusun oleh si anak manes
Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Aku melayu di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Aku melayu di kota inggeris
Aku melayu di kota inggeris
Melayu aku di kota inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

Video Klip Lagu Melayu Di Kota Inggeris – Art Fazil Lirik Lagu Melayu Di Kota Inggeris - Art Fazil