Lirik Lagu Aku Lawan Aku – NtahSape2Ntah

Dalam diam ada suara seribu patah bahasa
Mengilai bunyi ianya ketawa bisikan dalaman berkata
Katanya ku punya kembar seiras tapi tak serupa
Berkongsi jasad yang sama tetapi dua jiwa yang berbeza
Kadangkala aku aku kadangkala aku pula si dia
Engkau kenal aku yang mana satu? Aku atau pula si dia
Aku pandang cermin dia lihat aku aku pandang lain dia masih lihat aku
Di sebalik wajah aku ada wajah lagi satu wajah yang kau tak tahu yang kau takkan mahu tahu nah
Siapa menang pabila aku lawan aku
Suara halus seteru menyeru mengganggu fikiranku
Manakan ku takut pada aku apatah lagi tewas dengan aku
lebih rela mati berkecai seribu daripada ku hidup dibelenggu
Nyah kau dari sini aku tak mahu engkau lagi
Kan aku dan kau serasi mana aku boleh pergi
Siapa boleh menang aku lawan aku
Peperangan tiada muktamad hingga aku tamat waktu

Dengki
Baran
Dendam
Rakus
Ego
Bongkak
Malas
Wahan
Dengki
Baran
Dendam
Rakus
Ego
Bongkak
Malas
Wahan DIAM!
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
DIAM!

Diam sudah diam
Berani kau mekar di dalam diam-diam
Naluri hati sudah kau siang-siang
Dihiris-hiris hingga nur hampir hilang
Bagai pemandu yang dipandu penumpang
Tanpaku sedari jasadku kecundang
Dipimpin suara yang tidak diundang
Apa yang merdu ku terdengar jadi sumbang
Patut bukanku disangkar
Ibarat si barat liar adat dilanggar
Keliling padi sudahku pasangkan pagar
Namun si lalang masih berani mencabar
Tidak
Tidak mungkinku mungkar
Bonda mendidikku tidak pernah longgar
Parut sebatnya masih segar di dalam minda
Jadi kenapa menahannya masih sukar?
Hendakku tahan dengan taqwa
Dera seksa bebanku beratkan di belakangnya
Jinakkannya turut segala suruhanku
Diabdinya hingga tiada lagi peranannya
Bisa di mulutnya tolong tutup
Berat untuk meninggalkannya yang terkutuk
Cantik di zahirnya tapi pada batinnya buruk
Bila dah tersedar aku terlambat
Ku terduduk
Hendakku padaMu ku dekat-dekat
Walaupun amalanku tersekat-sekat
Dengan minyak di rautku melekat-lekat
Pahit rasanya berkata kesat
Tahap kesedaranku berkembang pesat
Amaratun bil su’ ku ikat ketat
Kau DIAM!

Dengki
Baran
Dendam
Rakus
Ego
Bongkak
Malas
Wahan
Dengki
Baran
Dendam
Rakus
Ego
Bongkak
Malas
Wahan DIAM!
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
Lawan
Aku
DIAM!

Jam berdetik tik tik tik tik
Dgn pantas masa ia berlalu
Cengkerik malam krik krik krik krik
Arus perdana tak pernah berlagu
Tak pernah padam walau apa berlaku
jauh Tenggelam dalam dasar aku
Kini Jasad diam terkaku
Jiwa bergolak bila diri dipaku
Ingin ku bebas dari belenggu
sediaku meunggu masa itu
Gerakan drastik fikiran logik
Tak sampai dek akal bergelut dengan si kritik
Minda skeptik kerap dipraktik
Luka berjangkit dicari antiseptik
Jadi tenang kosongkan fikiran
Fokus kan minda membidik sasaran
diatur langkah hadapi serangan
Dikentalkan mental lawan sesaran
Bekalkan diri dengan pegangan
Setelah alami gelap perlu pencerahan
kuasa dalaman awasi formasi
Berteriak sorak simbolik sebati
Segak lagak dia semarak berapi
Teragak agak nak atau tak nak berhenti
Mereka tergelak gelak berdekah dekah
Mereka tergelak gelak berdekah dekah
Bom jangka meletus ke setiap saraf darah
Setelah menerima jemputan terjun ke dalam lembah
Harusku tabah meredah redah
Harusku tabah meredah redah
Rampas peluang tika semangat lemah
Jika kau ikut dia sedia terima padah

Video Klip Lagu Aku Lawan Aku – NtahSape2Ntah Lirik Lagu Aku Lawan Aku - NtahSape2Ntah