Lirik Lagu Citarasa Perempuan – Qasri

ramai lelaki mahu
susuk tubuh yang berketul
bukan itu yang dimahu
gaya serba jenama
dan lidah petah bicara

tapi itu tak diperlu
kerana apa yang diminta
hanya mereka yang sederhana

[chorus]
citarasa perempuan melayu kita
tidak suka yang bercakap besar
tapi merendah diri dan memandang
tinggi pada kedua orang tua

citarasa perempuan melayu kita
tidak gemar yang berfoya-foya
jadi bila menggoda gunakanlah
pekerti dan berbudi bahasa

tak usah kelam kabut kerana
dia lebih suka perlahan-lahan
jangan gabra
berikan dia masa
untuk merasa selesa
baru tahu dia suka

kerana apa yang diminta
hanya mereka yang tahu sabar
jangan gabra

[ulang chorus]

Video Klip Lagu Citarasa Perempuan – Qasri Lirik Lagu Citarasa Perempuan - Qasri