Lirik Lagu Bintang – Ze!

Di sini bermula satu impian
Tiada lagi yang ku takuti
Kerna kau di sisi
Langkahku hanya untuk satu tujuan
Ku buka mataku dan bangun dari mimpi

Ku berlari sepenuh hati
Mengejar bintang-bintang tinggi di angkasa
Biarpun jauh

Cahayamu berkilauan
Memukauku dengan keajaibanmu
Tak mungkin kulepaskan

Oh bintang-bintang

Kujatuh dan kubangkit berulang kali
Namun tak akan padam
Api di dalam jiwaku

Selagi kuberdiri
Akan kukecapi
Perangi halangan ‘tuk segala cita-cita

Kau dan aku bergerak mengikut satu rentak
Kau dan aku bergerak mengikut satu rentak
Kau dan aku bergerak mengikut satu rentak
Kau dan aku bergerak mengikut satu rentak

Video Klip Lagu Bintang – Ze! Lirik Lagu Bintang - Ze!