Lirik Lagu Biasan Cinta – Analog ft B Heart

Denyut hati seakan terhenti
Bila jiwa ini telah dilukai
Cinta penuh duri
Cinta jadi benci
Akhirnya telah pergi takkan kembali

Dulu hati hanyalah untukmu
Jiwa kuserahkan hanyalah padamu
Janji tinggal janji
Mimpi hanya mimpi
Impian dinanti tiada lagi.

B-Heart :
Tatkala ku perlukan kau hilang dari pandangan,
Tak sehaluan, seakan kau bukan pasangan
Pergaduhan dalam diam
Hanya tuhan yang tahu
Terasa ketandusan bukan ini yang ku mahu,

Perlahan-lahan genggaman tangan kau lepas
Selepas ku letak kau khas di dalam hati
Kondisi hubungan kita, hampir mati
Inikah yang kau mahu selepas menabur janji

Saat cinta bersemi
Suka dan duka bersama
Hari berganti hari
Masa berganti masa
Bila berjauhan
Segalanya hilang
Hatimu berubah…

Dimana salahku
Dimana silapku
Kau diam membisu
hancurkan hatiku
Dimana janjimu
Yang kau pegang dulu
Kini hancur …

B-Heart :
Segalanya berubah, kita bertentang arah
Semangat makin punah tapi aku tidak lemah
Namun tak mudah tuk lihat kau terbang
Saat sayap ku patah dan mengharap kau tenang

Hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan
Diberikan pilihan dan kau pilih tuk pergi
Keindahan mimpi bertukar jadi tragedi
Kerana bukan lagi kau sayang yang aku dakapi

Denyut hati seakan terhenti
Bila jiwa ini telah dilukai
Cinta penuh duri
Cinta jadi benci
Akhirnya telah pergi takkan kembali

Dulu hati hanyalah untukmu
Jiwa kuserahkan hanyalah padamu
Janji tinggal janji
Mimpi hanya mimpi
Impian dinanti tiada lagi.

Video Klip Lagu Biasan Cinta – Analog ft B Heart Lirik Lagu Biasan Cinta - Analog ft B Heart