Lirik Lagu Fotostat – Wings
Dia telah muncul di sini
Membuat aku rasa benci
Kerana dia hanyalah salinan
Daripada acuan asalnya
Identitinya masih tetap sama
Tapi mutunya tiada
Tak tertera aslinya
Dari manakah menjelma
Adakah dia
Keturunan fotostat
Arahannya tanpa perasaan
Kerana datang tanpa perjuangan
Ramai telah menjadi mangsanya
Kita musnah dengan kuasanya
Dia kan mencipta apa saja
Untuk terus berkuasa
Manakah hati kita
Tidakkah kita tersiksa
Hapuskanlah semua
Keturunan fotostat