Lirik Lagu Juara – HafizO merupakan lirik lagu terbaru yang disenaraikan di dalam website ini untuk HafizO. Berikut merupakan rangkap awal untuk lirik lagu ini [Jika malu bertanya sesat jalan tiada keluar,, Atur perancangan teratur ikut petua,]….. Untuk lirik lagu penuh, adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Di website ini, kami hanya memaparkan lirik lagu dan juga video klip lagu (jika ada) dari youtube. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti JOOX, Spotify, iTunes, KKBOX, Deezer dan lainnya.
lirik juara hafizo
Lirik lagu penuh Juara dari HafizO adalah seperti berikut:
—————–

(CHORUS)
Jika malu bertanya sesat jalan tiada keluar,
Atur perancangan teratur ikut petua,
Langkah demi langkah diredah bersama usaha,
Hingga berjaya, kita semua juara…

Juara ku jua juara x4

(VERSE 1)
Sejak langkah pertama di dalam dunia ini,
Dengan daya yang terdapat mampat didalam diri,
Hasil titik peluh pabila kita berkarya,
Biarpun lambat kita pasti akan berjaya…

Biarpun penat lelah meredah jalan yang susah,
Jalan itu yang dipilih biarpun bersusah payah,
Titisan menitis ke lantai mencurah-curah,
Tapi jalan itulah yang mengerah kita kuat tanpa mengalah…

Ingin memberi tahu berita ku takkan kalah,
Terdapat dua benda ku salurkan di aliran darah,
Sama ada aku menang atau aku mempalajari,
Hanya dua kata kunci yang sentiasa buat ku berdiri…

Jika aku jatuh bukan bermaksud ku luruh,
Mungkin pelan perancangan ku belum cukup kukuh,
Oleh itu aku membinanya semula,
Dan aku memulakan segalanya dari titik mula…

Pabila, kita berada diatas situ,
Mereka tiba-tiba mula rindu,
Terus kenal dirimu,Dah tak lagi seperti dulu,
Yang mulut serupa seperti tarikan picu, (efect reload & shoot)

(CHORUS)
Jika malu bertanya sesat jalan kita semua,
Susun perancangan teratur ikut petua,
Langkah demi langkah membuat suatu benda,
Hingga berjaya, kita semua juara…

Juara ku jua juara x4

(VERSE 2)
Buang rasa berdebar jika hendak membesar,
Jangan biar ia merebahkan semangat yang sedang berkobar,
Tidak peduli susah senang dalam sukar,
Usaha harus dibaja biar berbenih dari akar,

Kebaikan membuat kita menjadi manusia yang sempurna,
Sentiasa gembira dengan apa yang kita ada,
Ada lagi manusia yang tiada apa-apa,
tapi masih berkelakuan yang mereka sedang gembira,

Dari hari pertama ku tak berniat menyusahkan sesiapa,
Cuba untuk menggembirakan mereka yang patut digembira,
Orang sekeliling dan juga keluarga,
Kerana mereka tak henti memberi sokongan yang berharga…

Sesetengah dari mereka akan sentiasa membenci,
Tapi ia tak memberiku impak walau seinci,
Teruskan berlari hingga ke garisan,
Penamat hidupku ditangan tuhan,

Hidup takkan datang dengan cara yang kita mahukan,
Tetapi bagaimana cara kita merancang jalan,
Sama ada kita mengalah atau teruskan pergerakan,
Hingga berjaya kita juara sehingga dikafankan….

(CHORUS)
Jika malu bertanya sesat jalan kita semua,
Susun perancangan teratur ikut petua,
Langkah demi langkah membuat suatu benda,
Hingga berjaya, kita semua juara

Video Klip Lagu Juara – HafizO Lirik Lagu Juara - HafizO

Nota :
Website lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 Juara – HafizO samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul.
Paparan lirik lagu Juara – HafizO didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.