Lirik Lagu Kenangan – Haqiem Rusli

Haqiem Rusli adalah salah seorang artis yang memasuki industri tanah air dan tidak mengambil masa yang lama untuk memastikan bakai yang ada padanya diiktiraf oleh Nitizen. Menghasilkan pelbagai karya yang menamat hati para pendengar seperti lagu Segalanya,
Selamat Tinggal Sayang, Tergantung Sepi.

Haqiem Rusli boleh dikatakan artis yang seangkatan dengan Aiman Tino, Hael Husaini, Fara Hezel, Asad Motawh dan ramai lagi artis yang meningkat naik. Lagunya sentiasa menjadi siulan peminat kerana muzik yang dihasilkan adalah mesra pendengar dan mudah diikuti.

Pada kemuncak Anugerah Juara Lagu 32, yang berlangsung pada Ahad 11 Februari, Haqiem Rusli meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri sebagai pendatang baru apabila memenangi tempat ke tiga yang membolehkan dia membawa pulang wang tunai berjumlah
RM20,000 beserta trofi.

Lagu kenangan merupakan salah satu lagu dari Haqiem Rusli yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada lagu-lagu lain yang ada dalam insustri muzik tanahair.

berikut adalah lirik lagu Kenangan yang dihasilkan sendiri oleh Haqiem Rusli.

——————————————-

Lagu : Haqiem Rusli
Lirik : Haqiem Rusli
Penyanyi : Haqiem Rusli

Telah Ku berikan semuanya terhadapmu
Telah Ku lakukan semuanya terhadapmu

Ku Berikan semua cinta dan harapanku
Ku Lakukan semuanya demi cinta kita
Kau Hancurkan semuanya
Kau Musnahkan segalanya
Kau Biarkan menjadi kenangan

Telah Ku berikan semuanya terhadapmu
Telah Ku lakukan semuanya terhadapmu

Ku Berikan semua cinta dan harapanku
Ku Lakukan semuanya demi cinta kita
Kau Hancurkan semuanya
Kau Musnahkan segalanya
Kau Biarkan menjadi kenangan

Kau Hancurkan semua perasaanku ini
Kau Mungkir janji untuk terus setia
Kau Musnahkan segalanya
Kau Musnahkan segalanya
Kau Biarkan ia menjadi kenangan

Video Klip Lagu Kenangan – Haqiem Rusli Lirik Lagu Kenangan - Haqiem Rusli