Lirik Lagu Seandainya Masih Ada Cinta – Dayang Nurfaizah

Usah kau berpura
Di sebalik kata
Kerana ku tahu siapa diriku

Tak perlu merayu
Dengan pujukanmu
Biarkanlah saja semuanya pergi

Cukuplah sekali
Kau menghiris hati
Menghancurkan kasih
Yang telah lama terbina

Seandainya masih
Ada cinta lagi
Lupakan oh sayang
Hasrat dan perasaanmu

Chorus
Rindu nan membara
Nyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan
Resah dan gelora
Jadi sahabat derita
Berakhirlah sandiwara
Kisah dusta dan dilema
Pintaku semoga kau sedar
Kesilapanmu

Kini hanya duka
Bersulamkan pasrah
Titis airmata
Tak lagi bererti

Namun di hatiku
Terukir namamu
Menjadi memori
Kekalnya abadi

Ulang Chorus 2X

Video Klip Lagu Seandainya Masih Ada Cinta – Dayang Nurfaizah Lirik Lagu Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah