Lirik Lagu Jakun Dengan Mimpi – Luca Sickta

Yang terasa bagus,
Yang merasa hangus,
Yang berjanji indah,
Yang mengkaji pindah,
Berlabuh jauh jatuhkan sauh dalam dalam,
Minta berhati-hati ada yang memerhati,
Takut tersilap ingat perangkap malam malam,
Tersalah langkah mati, Bergantung pada jati,
Jari jemari masih rajin menekan nota,
Tidak tertekan mereka masih membina auta,
Terlalu banyak borak, otak udang bersorak, Otak bijak mencorak, Bijak bijak pun rosak,
Kan kan dah pernah dengar “mereka segan ilmu”
Dan dan berjumpa dengan tuan suara itu,
Walaupun singkat, sempat aku pertingkatkan,
Setiap kata kerja,
Namun tidak teruja,
Aku masih menguji, tidak hairankan puji,
Ikut cara sendiri tiada arah itu ini,
Tak perlu cakap banyak cuma terus buat dan,
Buat mereka meluat dengar barang kita jalan ligat,

(Chorus)
Mula dari mana?
Mula dari bawah..
Nahu nak kemana?
Nak Ke atas sana..
Jika jatuh jangan undur,
Bangun cuba lagi,
Usah hirau kata orang
Jakun dengan mimpi,

(Verse2)
Taknak dah bagi muka,
Nanti ada yang mula,
Sila bayarkan muka,
Jika perlukan daya saya..
Hustle sampai jadi,
Hustle macam nadi,
Hustle sampai tak payah nak sibuk intro diri,
Hustle untuk diri,
Hustle malam pagi,
Hustle macam jantung pump darah sampai hati,
Langkah demi langkah pangkah tapak untuk hidup,
Dah bosan berjalan kanan kiri tanpa redup,
Dari panas terik hingga cuaca jatuh mendung,
Berdiri tersandung, Jatuh bangun, masih aku “in”,
Esok atau lusa aku belum tentu ada,
Jadi hari ini hari aku dan aku saja,
Banyak duit dapat banyak kawan,
Silap silap yang tak kenal pun mengaku teman dalam lawan,
Barangkali sudah tertawan,
Mindanya sawan,
Terlalu banyak angan-angan angkasawan,

(Chorus)
Mula dari mana?
Mula dari bawah..
Nahu nak kemana?
Nak Ke atas sana..
Jika jatuh jangan undur,
Bangun cuba lagi,
Usah hirau kata orang
Jakun dengan mimpi,

Video Klip Lagu Jakun Dengan Mimpi – Luca Sickta Lirik Lagu Jakun Dengan Mimpi - Luca Sickta