Lirik Lagu Muda – Altimet ft Kidd Santhe

Kidd Santhe :
Muda…
Kita mudah lupa
Muda…
Takkan selamanya
(selamanya, selamanya)

Altimet :
Aku masih ingat, zaman tadika
Penuh gelak ketawa, kita bahagia
Sekolah tamat balik lebih kurang pukul dua
Pasang TV, tengok kartun aku hafal lagunya

Masa pergi mengaji kita jalan kaki
Masa balik mengaji kita lumba lari
Sampai rumah, ulangkaji duduk bersila
Boleh keluar balik lepas pukul lima

Pergi rumah Aiman
Dia anak orang kaya banyak mainan
Lepas tu jumpa kita kat taman
Lawan siapa tertinggi atas buaian (buaian)

Kidd Santhe :
Muda…
Usia lima
Muda…
Zaman bahagia

Kala ku dikurnia
Peluang ulang semula
Tak mungkin jalan cerita aku serupa

Altimet :
Kak, abang jarang pulang
Terus terang, lagi sedap tinggal rumah bujang
Mak abang baru beli kuda empat lejang
limaratus sayap, rasa macam nak terbang

Datang nak merayap, duduk pun tak tenteram
Keluar dengan kawan bila dah lewat malam
Makin lama makin kabur beza halal haram
Tak cerita kat mak, nak elakkan salah faham

Maknya tolong sabar
Ni perangai budak baru nak belajar
Semua nak cuba, semua nak sambar
Tak fikir, esok semua nak langgar (langgar)

Kidd Santhe :
Muda…
dua puluh dua
Muda…
Aku mahu semua

Kala ku dikurnia
Peluang ulang semula
Tak mungkin jalan cerita aku serupa (ayy)

Muda…
tiga puluh lima
Muda…
Aku belajar bahagia

Kala ku dikurnia
Peluang ulang semula
Tak mungkin jalan cerita aku serupa

Altimet :
Bila betul kata, kau dah tiba
Terus terang aku menangis gembira
Terus aku azan dan iqamatkan engkau di telinga
Doakan kau kuat, sihat dan geliga

Kau belum sedar, kau belum tahu
Muda aku kini hidup di dalam kamu
Ambil masa nak dewasa, jangan terburu buru
Satu hari muda kita kan bertemu dalam cucu

Jaga hati, telinga, mulut dan mata
Ringgit tak ke mana, cermatkan masa
Pergi mana mana bawak nama baba
Jangan jadi punca air mata mama (mama)

Kidd Santhe :
Muda…
tujuh puluh dua
Muda…
Dah lalu semua

Kepada mereka yang kenali
Ku susun sepuluh jari
Mohon maaf yang ku sakiti
Tanpa ku sedari (ayy)

Video Klip Lagu Muda – Altimet ft Kidd Santhe Lirik Lagu Muda - Altimet ft Kidd Santhe