Lirik Lagu Sendiri – Afif Tirmizie ft Kmy Kmo merupakan lirik lagu terbaru yang disenaraikan di dalam website ini untuk Afif Tirmizie ft Kmy Kmo. Berikut merupakan rangkap awal untuk lirik lagu ini [Bayang hitam silam, Baluti tubuh gersang, Terang malam kelam siang, Terpeluk ku seorang,]….. Untuk lirik lagu penuh, adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Di website ini, kami hanya memaparkan lirik lagu dan juga video klip lagu (jika ada) dari youtube. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti JOOX, Spotify, iTunes, KKBOX, Deezer dan lainnya.

Lirik lagu penuh Sendiri dari Afif Tirmizie ft Kmy Kmo adalah seperti berikut:
—————–

Verse1 AFIF TIRMIZIE

Bayang hitam silam,
Baluti tubuh gersang,
Terang malam kelam siang,
Terpeluk ku seorang,
Mencari erti diri ini,
Dalam sepi, ku sendiri.

Verse 1 : KMY KMO

Egois yang menyulubung datang sewaktu hilang,
waktu bila tak berhubung bayang pun kan bersilang,
keliru huru hara huhu haha dari siang ke malam nya sambung waktu buntunya pun tak terbilang,
girang semakin pudar hilang dimakan dek mundar mandir,
riangnya makin palsu jujur makin tidak mahir,
maka hati nya kebal jahil dengan asal lahir,
sombong pada si fakir,
jelas nyata di zahir,
terus alpa mendongak,
dalam keadaan buta,
bijak tanpa dicongak,
walau hilang arah yang nyata,
meninggi lagi hidung ke dasawarsa dirinya,
semakin jauh hanyut beribu hutang lah tanda tanya,
caranya mungkin mudah,
susah hanya kau yang sukarkan,
jiwa meronta muntah,
tewas dengan alasan,
beralaskan alahan kamu dek arahan Tuhan,
hingga diri sendiri,
pun berbunuh bunuhan.

C/o AFIF TIRMIZE

Di lorong gelap sunyi,
Ku sendiri dalam sepi,
Ku mencari kisah hilang,
Ditemani bayang-bayang

Verse 2 : KMY KMO

Esok lusa ku begitu,
berbeda dengan semalam,
mungkin kerna kurang jitu,
mungkinkah berlaga alam,
adat siang malam naik turun hitam putih ying yang,
yang baik buruk dan kotor suci sudah lumrah salam,
kalam yang tak dikhatam,
berdebu sawang ber-abad,
zat ditinggal kenal diri kenal minda dalam jasad,
keliru dengan hati makan dalam pada mandat,
mangkatkan pangkat darjat nafsu di dunia sejagat,
“Psychogenic Amnesia Fugue”,
duka marah dan ceria,
persepsi dek si manusia menekan mental ku paranoya,
kadang lupa kelmarin mana jiwa ku yang bahgia,
riang ria berpusing dengan runsingkan kriteria sendiri,
dengan sendirian menyendiri tak kesunyian,
diteman dua tiga bayangku yang tak berteman,
berpantul watak dikotak macam bunyi bunyian,
larikan hidup dari digari kotak kekangan.

Bridge AFIF TIRMIZIE

Disaat gelap aku meraba,
Di dalam terang semakin buta,
Aku mencari aku.

C/o AFIF TIRMIZIE

Di lorong gelap sunyi,
Ku sendiri dalam sepi,
Ku mencari kisah hilang,
Ditemani bayang-bayang

Di lorong gelap sunyi,
Ku sendiri dalam sepi,
Ku mencari kisah hilang,
Ditemani bayang-bayang

Video Klip Lagu Sendiri – Afif Tirmizie ft Kmy Kmo Lirik Lagu Sendiri - Afif Tirmizie ft Kmy Kmo

Nota :
Website lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 Sendiri – Afif Tirmizie ft Kmy Kmo samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul.
Paparan lirik lagu Sendiri – Afif Tirmizie ft Kmy Kmo didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.