Lirik Lagu Terima Kasih Anak – Sabrina & Natasha Sass

Kisah bermula kerana cinta
Cinta antara dua jiwa
Lalu daku tercipta jua

Kelahiran yang terindah
Anugerah dari tuhan
Diterima penuh kesyukuran

Kau berjanji dalam hati kan memberikan
Kehidupan yang sempurna
Kau berdoa tiap hari
Moga ku menjadi insan yang berjaya

Setelah dewasa kini
Ku sedar pengorbananmu
Betapa payahnya dulu kau tempuhi

Demi kasih untuk anakmu
Siang dan malam cari rezeki
Tak pernah ku dengar kau mengeluh

Mulianya keringat itu
Mengalir di wajah suci ayah ibu

Tak mungkin jua terbalas segalanya
Yang dicurah sejak mula

Setinggi mana pun ku jejak
Memiliki kejayaan
Hanyalah kerana doronganmu itu

Berkat doa dan bimbinganmu
Terang susur jalananku
Tak akan ku lupa hingga ke akhirnya

Tanpa kasih sejatimu
Entah ke mana arahnya hidup ini
Terima kasih
Ayah ibu
Kan ku bawa kata aziamtmu
Terima kasih ayah ibu
Kan ku genggam semangat jiwamu

Terima kasih ayah ibu
Kejayaanku kebangganmu

Video Klip Lagu Terima Kasih Anak – Sabrina & Natasha Sass Lirik Lagu Terima Kasih Anak - Sabrina & Natasha Sass